top of page

Sejarah

     Koperasi Sekolah Menengah SMJK Chung Ling Pulau Pinang Berhad didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terahd pada 14 Julai 1999. Undang undang koperasi tersebut yang diluluskan oleh mesyuarat agung permulaannya juga didaftarkan pada hari yang sama iaitu 14 Julai 1999. Koperasi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Pulau Pinang berhad telah menjadi ahli ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) pada 17 Oktober 2000.

    Koperasi kami menjual alat tulis, barangan ICT, kemeja-T sukan dan cenderamata. Waktu operasi pada setiap hari persekolahan ialah pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 11.30 pagi. Ahli ahli koperasi yang telah dipilih akan bertugas pada masa ini bersama dangan guru koperasi.

    Ekoran daripada penularan wabak covid-19, kami mengambil keputusan untuk mengubah arah ke platform digital dengan menyediakan katalog digital. Para pelajar boleh melayari katalog terlebih dahulu sebelum hadir ke kedai koperasi untuk menurunkan risiko mengjangkiti covid-19. Katalog ini masih dalam proses penambahbaikan, diharapkan semua barang jualan dapat dimuat naik dalam masa terdekat.

VISI

Visi kami adalah untuk menghasilkan produk yang kreatif dan berkualiti serta dapat menerajui pasaran di samping menyediakan perkhidmatan yang cemerlang. Tambahan pula, kami juga ingin mendedahkan ilmu dan pengalaman dalam aspek keusahawanan kepada setiap pelajar yang terlibat bagi menjamin masa depan mereka yang cerah.

​MISI

 Misi kami merupakan peta jalan untuk mencapai visi kami. Selain itu,misi juga merupakan garis panduan kami untuk mencapai keputusan dan hasil yang memuaskan.

PROFIT :

    P untuk Productivity(Produktiviti) 

    R untuk Research (Kajian dan Penyelidikan)

    O untuk Optimum

    F untuk Fantasic Ideas (Idea yang Hebat)

    I untuk Innovation and Creativity (Inovasi dan Kreativiti)

    T untuk Thankfulness(bersyukur).

 

  • Facebook
  • Instagram

©2022 by Koperasi SMJK Chung Ling Pulau Pinang Bhd

bottom of page